Program Makanan PBB hulur bantuan tambahan

Program Makanan PBB hulur bantuan tambahan

PERTUBUHAN BANGSA BERSATU, 5 April (Bernama) – Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mensasarkan sehingga pertengahan tahun ini, seramai 270,000 orang yang terjejas teruk di timur Ukraine akan menerima bantuan makanan, kata jurucakap PBB pada Isnin, lapor agensi berita China, Xinhua.

Bercakap pada taklimat harian di sini, Stephane Dujarric berkata menurut WFP, konflik selama dua tahun melanda timur Ukraine menyebabkan 1.5 juta orang kelaparan, termasuk 300,000 yang memerlukan segera bantuan makanan.

Antara makanan disediakan ialah susu, jus, makanan ringan dan buah-buahan.

ARTIKEL YANG SAMA