Program Masji...

Program Masjidku Makmur, Negara Berkat diteruskan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mac – Program Masjidku Makmur, Negara Berkat’ di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien sempena Bandarku Ceria di ibu negara diteruskan lagi dengan mendirikan sembahyang Fardu Subuh berjemaah dan mendengarkan tazkirah.

Hadir memeriahkan program itu ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, warga Kementerian Hal Ehwal Ugama dari Bahagian Kemajuan Syiar Islam dan Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam dan warga Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah serta jemaah masjid.

Program itu turut menampilkan tazkirah bertajuk ‘Rahsia di Sebalik Doa’ yang disampaikan oleh pendakwah dari Pusat Dakwah Islamiah, KHEU, Awang Mohd Yusri bin Haji Abdul Majid.

Program Masjidku Makmur, Negara Berkat yang diadakan setiap minggu sebelum Bandarku Ceria, dihasratkan dapat menghidupkan amalan sunnah Rasulullah S.A.W dan dapat menimbulkan rasa persamaan antara umat Islam dalam memakmurkan masjid, menggandakan amal kebajikan dan meraih keberkatan daripada Allah S.W.T bagi diri sendiri, keluarga dan juga negara.