Program Masyarakat Bermaklumat suntik kecintaan terhadap negara

Program Masyarakat Bermaklumat suntik kecintaan terhadap negara

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Hubungan Masyarakat, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan meneruskan lagi Program Masyarakat Bermaklumat yang diadakan di bilik persidangan, tingkat 2, bangunan baru, jabatan berkenaan hari ini.

Program yang dihadiri oleh 12 penduduk Kampung STKRJ Lambak Kiri dan kawasan sekitarnya itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Doa Selamat dan ucapan daripada tetamu kehormat, Pemangku Penghulu Mukim Berakas ‘A’ dan Ketua Kampung STKRJ Lambak Kiri, Haji Hamdani bin Omar.

Ia kemudian disusuli dengan dua taklimat iaitu ‘Sistem dan Struktur Pentadbiran Negara’ disampaikan oleh Pegawai Penerangan, Haji Dayang bin Haji Kasim, manakala ‘Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan’ telah disampaikan oleh Pemangku Penolong Pegawai Penerangan, Pengiran Arsul bin Pengiran Haji Abdul Momin. Program Masyarakat Bermaklumat ini merupakan satu program yang direka bentuk bagi menyuntik semangat dan inspirasi kepada masyarakat dalam mempertingkatkan taraf hidup di samping menambah pengetahuan mereka mengenai kepentingan menghayati bendera dan lagu kebangsaan serta mengetahui lebih banyak tentang sistem dan struktur pentadbiran negara.

Haji Hamdani, ketika ditemui Media Permata selepas taklimat turut menyokong usaha Jabatan Penerangan dalam mengadakan program tersebut adalah untuk membantu rakyat negara ini menghayati semula bendera negara dan lagu kebangsaan. “Apa yang saya perhatikan tadi, program ini telah mengimbas pengetahuan kitani beberapa tahun dahulu.”

Haji Hamdani ketika ditemu bual Media Permata.
Haji Hamdani ketika ditemu bual Media Permata.

ARTIKEL YANG SAMA