Program Menjana Insan Bertaqwa

Program Menjana Insan Bertaqwa

Oleh Farrah Ashikin

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mac – Dalam usaha untuk membantu saudara-saudara baru, Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Bukit dengan kerjasama Bahagian Dakwah Daerah Tutong dan Daerah Belait, akan mengadakan ‘Program Menjana Insan Bertaqwa’ bermula 25 hingga 27 Mac ini bertempat di Hotel Koperasi Seria, Belait.

Program yang dianjurkan khusus untuk saudara-saudara baru seluruh negara ini adalah sebagai platform bagi meningkatkan dan mendalami ilmu pengetahuan terhadap ajaran Islam.

Di samping itu, ia juga bagi membantu memantapkan dalam menghayati Rukun Islam serta mengetahui cara pelaksanaannya dengan tertib.

Beberapa aktiviti yang berlandaskan nilai-nilai dan unsur-unsur Islam telah disusun sepanjang program tersebut berlangsung nanti termasuk Qiamulail, solat-solat sunat dan kuliah-kuliah agama.

Program dibukakan kepada peserta lelaki dan perempuan yang berumur 35 tahun ke atas dan hanya dibukakan kepada 40 penyertaan sahaja.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikut serta program ini, bolehlah menghubungi Setiausaha Program, Awang Syukri Jamil di talian 8213225 dan tarikh tutup pendaftaran adalah pada esok, 22 Mac Mac, jam 8.30 malam.

ARTIKEL YANG SAMA