Program Muziumku, Warisanku bedudun ke sekolah-sekolah

Program Muziumku, Warisanku bedudun ke sekolah-sekolah

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 April – Jabatan Muzium-muzium, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan kini menganjurkan Program ‘Muziumku, Warisanku’ dalam usaha menyebarkan dan menyampaikan maklumat mengenai kepentingan menjaga khazanah warisan negara dalam kala ngan murid-murid sekolah.

Program tersebut yang disasarkan kepada murid-murid Tahun 4 dari sekolah-sekolah rendah seluruh negara dilaksanakan oleh Bahagian Media da n Pendidikan sejak Mac lalu.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Muzium-muzium, Dayang Mariani binti Haji Abu Bakar, sebanyak tiga buah sekolah dalam seminggu menjadi sasaran program ini, yang akan berakhir penghujung bulan November 2016.

Menurutnya, selain taklimat ‘MuziumKu, WarisanKu’, permainan-permainan tradisi turut diperkenalkan kepada murid-murid seperti Pasang, Congkak, Simban, Salok-Salokan, Buah Lapas, Bilun, Kuit, Kaki Tiga dan lainnya. Jabatan Muzium-muzium turut menyediakan jualan terbitan-terbitan Jabatan Muzium-Muzium.

Sehingga 12 April 2016, sebanyak 11 sekolah rendah sudah dikunjungi dan seramai 694 murid dan guru-guru telah terlibat dalam program ini dan seterusnya mengetahui bagaimana beberapa jenis permainan tradisi dimainkan, ujar beliau.

Taklimat telah disampaikan oleh Haji Mahrin bin Haji Abas, Pegawai Perkhidmatan Pelajaran, Jabatan Muzium-muzium.

ARTIKEL YANG SAMA