Program peluru berpandu balistik tidak akan dihentikan

Program peluru berpandu balistik tidak akan dihentikan

ANKARA/IRAN, 10 Mac (Reuters) – Program peluru berpandu balistik Iran tidak akan dihentikan di bawah apa keadaan dan Tehran mempunyai misil yang bersedia untuk dilancarkan, kata seorang komander senior Kor Pengawal Revolusi (IRGC), menurut televisyen negara hari ini.

“Program peluru berpandu Iran tidak akan dihentikan dalam apa jua keadaan. IRGC tidak pernah menerima resolusi Majlis Keselamatan PBB mengenai kerja-kerja peluru berpandu Iran. Kami sentiasa bersedia untuk mempertahankan negara terhadap mana-mana penindas. Iran tidak akan beralih kepada Yaman, Iraq atau Syria,” beritahu Brigedier Jeneral Amir Ali Hajizadeh kepada TV lewat semalam.

IRGC menembak uji beberapa peluru berpandu balistik pada Selasa dan Rabu, lapor media negeri.

Ujian dilihat sebagai satu cabaran kepada resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan perjanjian nuklear 2015 di mana Tehran bersetuju untuk mengawal program nuklearnya sebagai tukaran kepada bantuan daripada sekatan ekonomi.

Pegawai Iran berkata ujian misil tidak mencabul perjanjian, yang mendorong kepada pembatalan sekatan pada Januari.

“Program peluru berpandu Iran dan ujian tembakan peluru berpandu sebelum ini ketika latihan tentera tidak bercanggahan dengan komitmen nuklear dan perjanjian nuklear yang dicapai dengan enam kuasa,” kata jurucakap Kementerian Luar Hossein Jaberi-Ansari hari ini, lapor TV negeri.

Ujian menembak beberapa misil sejak Selasa adalah sebahagian daripada latihan tentera besar yang dikatakan oleh IRGC bertujuan menunjukkan “kuasa pencegahan negara dan keupayaannya berdepan dengan mana-mana ancaman.”

“Misil ditembak dari utara Iran dan mengenai sasaran di tenggara negara,” beritahu Hajizadeh kepada TV negeri.

ARTIKEL YANG SAMA