Program peluru berpandu Iran bukan ancaman

Program peluru berpandu Iran bukan ancaman

ANKARA, 5 Feb – Iran akan terus menghasilkan program peluru berpandunya dan ia tidak harus dianggap satu ancaman kepada negara jiran, agensi berita separa rasmi Fars memetik ketua tentera sebagai berkata semalam.

Di bawah satu perjanjian yang dicapai di antara Iran dan enam kuasa besar pada 2015, kebanyakan sekatan antarabangsa yang dikenakan ke atas Iran disebabkan program nuklearnya telah dibatalkan pada bulan lalu. Bagaimanapun, sekatan yang dikenakan ke atas program peluru berpandunya tidak dibatalkan.

Menurut satu resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 20 Julai yang menyokong perjanjian itu, Iran masih “digesa” supaya menjauhi kerja-kerja mengenai peluru berpandu balistik bertujuan menghasilkan senjata nuklear selama lapan tahun.

Pada Oktober, Iran mencabul satu pengharaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan menguji peluru berpandu balistik, mendorong ugutan dari AS untuk mengenakan lebih banyak sekatan. Pada Disember, Presiden Hassan Rouhani mengarah program peluru berpandu Iran dilanjutkan.

“Keupayaan peluru berpandu Iran dan program peluru berpandunya akan menjadi lebih mantap. Kami tidak menghiraukan dan tidak melaksana resolusi ke atas Iran, dan ia bukan satu pencabulan perjanjian nuklear,” Fars memetik ketua komander Ataollah Salehi sebagai berkata.

Ataollah Salehi ketika berucap mengenai program nuklear Iran. – Reuters
Ataollah Salehi ketika berucap mengenai program nuklear Iran. – Reuters

Beliau merujuk kepada perjanjian Iran dengan kuasa dunia pada tahun lalu untuk mengawal program nuklear yang dikhuatiri oleh Barat, meskipun penafian Tehran, adalah bertujuan memperoleh senjata nuklear.

“Program peluru berpandu kami bukannya satu ancaman kepada kawan kami tetapi ia adalah ancaman kepada musuh kami. Israel harus memahami apa maksudnya,” kata Salehi.

Tentangan terhadap Israel, yang enggan diiktiraf oleh Tehran sejak revolusi Islam pada 1979, merupakan satu dasar utama di negara yang dikuasai oleh golongan Islam Syiah. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA