Program peningkatan kerjaya bersaing rebut pekerjaan

Program peningkatan kerjaya bersaing rebut pekerjaan

Oleh Lyna Mohamad

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Ogos – Kampus universiti kelas global Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa (KIGS) direka untuk menyediakan program peningkatan kerjaya yang ringkas namun intensif kepada pelajar yang akan memperkaya pengalaman pelajar untuk bersaing mendapatkan pekerjaan dengan institusi terkenal.

Pelajar yang berjaya menamatkan Program Kampus Global akan menerima sijil tamat dan penyertaan daripada ATHE dan Universiti Lim Kok Wing.

Semester ini, pelajar kampus universiti global akan berlepas ke London pada 4 September, sementara Kampus Global KL akan berlepas pada 18 September 2016, yang mana Kampus Global London akan diadakan selama sebulan manakala 14 hari untuk Kampus Global KL.

Warga KIGS yang membuat persediaan bagi majlis konvokesyen.
Warga KIGS yang membuat persediaan bagi majlis konvokesyen.

Sebelum berlepas, para pelajar berkenaan mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh Ketua Akademik, Sonny Jumpo dan Ketua Kesenian dan Kemanusiaan, Dr Malai Yunus bin Malai Yusuf serta ketua-ketua fakulti lain iaitu Haji Hasnul Hamdani, Gwen dan Zaini.

Sementara itu, kolej berkenaan akan mengadakan Majlis Konvokesyen pada 11 Ogos 2016 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di mana Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman dijadualkan merasmikan majlis dan menyampaikan sijil kepada para graduan.

Yang Berhormat Pehin juga akan menyampaikan sijil kepada graduan Sarjana Muda Teknologi Kreatif Universiti Lim Kok Wing, pelajar Diploma Tinggi Kebangsaan BDTVEC, pelajar diploma BDTVEC dan pelajar Sijil Kemahiran BDTVEC.

ARTIKEL YANG SAMA