Program Rehlah eratkan silaturahim

Program Rehlah eratkan silaturahim

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 24 Mei – Unit Tarbiyah Bahagian Pembangunan Mualaf dan Unit Dakwah Khas bahagian Pengembangan Agama, hari ini, telah mengadakan Program Rehlah Kelas Bimbingan Mualaf (KBM) di kawasan Wasai Wong Kadir Labi, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat pada program tersebut ialah Pemangku Penolong Pengarah Pusat Dakwah Islamiah, Awang Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar.

Program yang dijalankan dengan kerjasama Unit Dakwah Khas dan Unit Dakwah Daerah Belait Bahagian Pengembangan Dakwah Pusat Dakwah Islamiah, itu antara lain bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara pelajar-pelajar KBM dengan saudara-saudara baru di Labi, selain untuk menimba pengalaman berdudun ke kawasan pedalaman.

Semasa program itu, para peserta telah menziarahi saudara-saudara baru di Labi dalam masa yang sama membantu mereka menghayati Islam dengan lebih sempurna.

Antara peserta yang mengikuti Program Rehlah Kelas Bimbingan Mualaf di kawasan Wasai Wong Kadir Labi.
Antara peserta yang mengikuti Program Rehlah Kelas Bimbingan Mualaf di kawasan Wasai Wong Kadir Labi.
Awang Abdul Aziz turut hadir selaku tetamu kehormat.
Awang Abdul Aziz turut hadir selaku tetamu kehormat.

Program itu merupakan salah satu daripada rancangan baru Unit Tarbiyah bagi tahun 2015, yang memfokuskan bimbingan (Tarbiyah) bagi para mualaf di kawasan Mukim Labi yang akan melibatkan mualaf yang sedang mengikuti kelas bimbingan di Daerah Brunei dan Muara.

Sasaran utama program itu ialah saudara-saudara baru di Labi dan penuntut KBM, dengan pengisiannya termasuklah menghalusi bacaan dan perbuatan dalam sembahyang, bengkel Wuduk, bengkel Smart Sertu, serta bengkel cara membersihkan sayur, ikan dan ayam.

Selain itu, taklimat, tunjuk cara penyembelihan burung menurut Islam, bertayamum, tunjuk cara membersihkan sayur dan ikan turut diadakan di samping menghalusi bacaan dan perbuatan dalam sembahyang, serta penerangan mengenai sembahyang Jama dan Qasar.

ARTIKEL YANG SAMA