Program Satu Minggu Satu Juzuk PKP

Program Satu Minggu Satu Juzuk PKP

Oleh Hjh Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 5 Okt – Seramai 31 orang di kalangan ahli-ahli Persatuan Kebajikan Perempuan (PKP) Daerah Belait telah menyertai Program Satu Minggu Satu Juzuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran anjuran persatuan tersebut di sini.

Melalui program tersebut para peserta telah berjaya mengkhatamkan pembacaan 30 Juzuk Al-Quran diikuti dengan Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di rumah salah seorang ahli tersebut iaitu Dayang Hajah Naemah binti Haji Mahran hari ini.

Program tersebut yang telah diperkenalkan pada bulan Mac lalu bertujuan untuk menggalakkan ahli-ahli PKP untuk membaca Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan harian mereka.

Antara peserta-peserta Program Satu Minggu Satu Juzuk, PKP Daerah Belait.
Antara peserta-peserta Program Satu Minggu Satu Juzuk, PKP Daerah Belait.

Majlis Khatam Al-Quran tersebut telah diteruskan dengan Majlis Doa Kesyukuran bagi dua orang ahli PKP yang telah selamat kembali ke tanah air setelah menunaikan Ibadah Haji bagi Tahun 1437 Hijrah.

Bacaan Zikir Marhaban dan acara menepung tawar turut menyerikan lagi majlis tersebut sebagai tanda kesyukuran ke atas peserta-peserta khatam Al-Quran dan juga ahli-ahli yang baru balik ke tanah air.

Hadir sama pada majlis tersebut, Yang Di-Pertua Persatuan Kebajikan Perempuan (PKP) Daerah Belait, Dayang Hajah Kertini binti Orang Kaya Paduka Setia Diraja Abang Haji Abu Hanifah.

ARTIKEL YANG SAMA