Program serlah kemahiran ibu bapa

Program serlah kemahiran ibu bapa

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 April – Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, hari ini, telah mengadakan Program Kemahiran Keibubapaan ‘Bah Lakastah Sama-sama’ bagi sekolah-sekolah kerajaan seluruh negara tahun 2016 yang berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Serasa, Muara.

Program sehari yang dihadiri oleh pelajar-pelajar Tahun 6 bersama ibu bapa mereka itu diisikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti ‘Ice Breaking’, ‘Harapanku’, ‘Perbincangan Kelompok’ serta bengkel kemahiran bijak belajar.

Di samping itu, ceramah turut diadakan yang disampaikan oleh Penolong Pengarah, Ketua Bahagian Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya, Jabatan Sekolah-sekolah, Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor.

Program yang dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan petang itu diakhiri dengan penyampaian nama bertuah serta rumusan dan penilaian program tersebut.

Antara aktiviti yang diadakan semasa program tersebut.
Antara aktiviti yang diadakan semasa program tersebut.
Haji Ali Yusri semasa menyampaikan ceramah.
Haji Ali Yusri semasa menyampaikan ceramah.

Aktiviti seumpama ini diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada para pelajar khususnya pelajar Tahun 6 tentang peranan mereka sebagai seorang murid dan tanggungjawab sebagai seorang anak.

Selain itu, ia turut memberi peluang kepada ibu bapa untuk berkongsi harapan bersama anak-anak mereka sekali gus mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sesama mereka.