Program ‘Sirah Amal BIBD’ bantu 20 keluarga

Program ‘Sirah Amal BIBD’ bantu 20 keluarga

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dengan kerjasama Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama, telah meneruskan Program ‘Sirah Amal BIBD’ tahunannya dengan mengunjungi 20 buah keluarga kurang bernasib baik dari Asnaf Muallaf Daif, semalam.

Dengan kedatangan bulan Ramadan, BIBD dalam kenyataannya berkata, inisiatif ini diharap untuk memberikan sokongan dan keselesaan kepada keluarga-keluarga berkenaan dalam melaksanakan ibadat puasa.

Inisiatif ini juga menunjukkan komitmen ‘Bruneian at Heart’ BIBD dalam memberikan sokongan dan bantuan, khususnya kepada masyarakat yang memerlukan.

Dalam program ketujuh ini, BIBD telah mengunjungi rumah keluarga-keluarga berkenaan di Daerah Belait, Temburong, Tutong serta Brunei dan Muara sebagai usaha mereka memberi balik kepada masyarakat tempatan.

Menurut kenyataan itu, keluarga yang dikunjungi menerima sumbangan berupa hamper makanan dan barangan harian yang disumbangkan oleh pihak bank dan kakitangannya.

Semasa Program ‘Sirah Amal BIBD’ dijalankan.
Semasa Program ‘Sirah Amal BIBD’ dijalankan.

Ketua Perhuubungan Kerajaan dan Projek Khas BIBD, Haji Minorhadi bin Haji Mirhassan dipetik sebagai berkata, “Insya-Allah, setiap tahun BIBD berusaha untuk meningkatkan bukan sahaja kuantiti, bahkan kualiti soko-ngan, memastikannya sampai kepada orang yang berhak dan menyumbang kepada keperluan dan cita-cita mereka.

“Alhamdulillah, pembangunan perniagaan kami membolehkan untuk menyumbangkan lebih, dan ini sebagai keputusan pemikiran dan visi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam membentuk masa depan Brunei Darussalam, bersama dengan usaha kerajaan dan pihak berkuasa,” tambahnya. .lagi.

 

ARTIKEL YANG SAMA