Program Sua Muka untuk kepentingan masyarakat

Program Sua Muka untuk kepentingan masyarakat

PROGRAM Sua Muka atau Personal Contact kali ini diadakan di Kediaman Ketua Kampung Mulaut, Awang Haji Mohammad Jait bin Hitam @ Zaeed, baru-baru ini.

Ini merupakan salah satu aktiviti berterusan Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri yang dikendalikan oleh Unit Hubungan Masyarakat, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan dalam usaha untuk terus menjalinkan kolaborasi dan kerjasama yang lebih erat dalam hal ehwal kemasyarakatan.

Program Sua Muka ini dihasratkan untuk meningkatkan hubungan dua hala antara pihak kerajaan-rakyat, rakyat – kerajaan. Ini akan dapat membina minda kesedaran sivik masyarakat yang menjurus ke arah cintakan agama, bangsa, raja dan negara selaras dengan aspirasi Kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam.

Menyahut seruan

Sehubungan itu, dalam menyahut fungsi Jabatan Penerangan selaku lidah, mata dan telinga kerajaan, menerusi program ini jua, maklumat-maklumat seperti isu-isu semasa dan dasar kerajaan dikongsi bersama, di samping menerima maklum balas yang perlu diambil perhatian dan diambil tindakan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Institusi mukim dan kampung juga mendapat manfaat bersama dengan interaksi yang kukuh antara dua institusi ini untuk bergiat aktif dan kukuh serta menjalankan tugas dan tanggungjawab bersama dalam memeduli kepentingan masyarakat di negara ini.

Sesi bergambar ramai bersama.
Sesi bergambar ramai bersama.

Turut hadir sebagai ketua rombongan ialah Pegawai Penerangan Awang Ali Termizzi bin Haji Ramlli / Ramli dari Unit Hubungan Masyarakat, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan serta para pegawai dan kakitangan yang lain di Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri.

ARTIKEL YANG SAMA