Program Sumbang dan Bantu pada Jumaat ini

Program Sumbang dan Bantu pada Jumaat ini

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 1 Jun – Sukarelawan Daerah Tutong (SUKA) dengan kerjasama Stesen Radio Televisyen Brunei (RTB) Ca-wangan Daerah Tutong akan mengadakan Program Sumbang dan Bantu pada hari Jumaat, 3 Jun 2016 bermula dari jam 9 pagi hingga 11:30 pagi dan disambung semula 2:30 petang hingga 5 petang bertempat di Ruang Legar Hua Ho, Petani Mall Tutong.

Setiausaha dan Ketua Urusetia SUKA, Awang Muhammad Amir bin Haji Umarali menjelaskan selain menyumbangkan pakaian kepada yang memerlukan, orang ramai juga dialu-alukan untuk hadir sama bagi mendapatkan pakaian secara percuma.

Beliau yang juga pengerusi bersama program berkenaan berkata, program berbentuk kemasyarakatan itu mula diperkenalkan semasa sam-butan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2015 yang pertama kali dianjurkan secara besar-besaran di negara ini oleh pihak Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 10 Januari lalu.

Program Sumbang dan Bantu diadakan bagi menyokong usaha kerajaan dalam memupuk kesedaran masyarakat tentang konsep kitar semula sekali gus memupuk sikap serta budaya berjimat cermat bagi mengelakkan pembaziran.

Antara pakaian-pakaian yang disediakan untuk diberikan kepada orang ramai secara percuma pada hari Jumaat ini nanti.
Antara pakaian-pakaian yang disediakan untuk diberikan kepada orang ramai secara percuma pada hari Jumaat ini nanti.

Program itu diharapkan dapat menyemai rasa kasih sayang dan prihatin masyarakat kepada golongan yang memerlukan.

Orang ramai yang berhasrat untuk menghulurkan sumbangan pakaian, boleh menghantar terus ke Pusat Penerimaan Sumbangan di alamat No.18 Simpang 172, Jalan Sungai Basong, Tutong iaitu di Tingkat Bawah Bangunan Sukarelawan Daerah Tutong yang dibuka 24 jam.

 

ARTIKEL YANG SAMA