Program #YouCanDuit 24,25 Sept ini

Program #YouCanDuit 24,25 Sept ini

KOTA KINABALU, 15 Sept – Program #YouCanDuit yang diterajui oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan menemui rakyat Sabah selama dua hari bermula 24 dan 25 Sept ini bertempat di Sabah Trade Centre, di sini.

Naib Presiden Bahagian Komunikasi Korporat MDEC Mohd Razaleigh Zainal berkata program itu antara lain bertujuan menggalakkan peluang menjana pendapatan tambahan dan memupuk usahawan akar umbi melalui platform digital.

Beliau berkata pada program #YouCanDuit itu juga, MDEC akan mengadakan dua kursus iaitu e-Rezeki dan e-Usahawan secara percuma dengan masing-masing menyediakan tempat duduk hanya untuk 200 peserta dan 400 peserta bagi satu sesi.

“Kursus ini adalah inspirasi kepada masyarakat terutama yang berpendapatan rendah untuk menceburi bidang keusahawanan digital bagi meningkatkan pendapatan mereka,” katanya semasa memberi penerangan Kempen Merakyatkan Ekonomi Digital di sini hari ini.

Katanya MDEC menggalakkan orang ramai berumur 18 tahun ke atas mendaftarkan diri sebagai peserta secara dalam talian bagi mengikuti dua kursus berkenaan. – Bernama