Progresif adakan ceramah keagamaan menjelang Ramadan

Progresif adakan ceramah keagamaan menjelang Ramadan

Bandar Seri Begawan, 15 Jun – Progresif Cellular Sdn Bhd (Progresif) telah mengadakan ceramah keagamaan Ramadan yang bertajuk ‘Majlis Ceramah Sempena Kedatangan Bulan Ramadan Al-Mubarak’ di Pusat Dakwah Islamiah (PDI), baru-baru ini.

Hadir di majlis itu ialah ahli-ahli Lembaga Pengarah Progresif, Awang Mozart bin Haji Brahim dan Hajah Rena Azlina binti Dato Haji Abdul Aziz bersama kakitangan pengurusan syarikat berkenaan.

Ceramah keagamaan itu telah disampaikan oleh penceramah undangan dari PDI, Haji Anwari bin Haji Rawee.

Antara tajuk yang diketengahkan adalah kebaikan berpuasa di bulan Ramadan, maksud Ramadan bagi umat Islam, selain sesi soal jawab bersama kakitangan Progresif.

Ahli lembaga pengarah bersama kakitangan Progresif ketika menghadiri ceramah keagamaan.
Ahli lembaga pengarah bersama kakitangan Progresif ketika menghadiri ceramah keagamaan.

ARTIKEL YANG SAMA