Progresif beri ganjaran

Progresif beri ganjaran

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Sept – Progresif Cellular Sdn Bhd memberikan ganjaran istimewa kepada pelanggannya yang menyertai promosi selama sebulan Syawal di bawah kempen Aktif dan Panggil yang dibukakan kepada semua pelanggannya.

Ganjaran istimewa itu adalah tiket pulang balik ke beberapa destinasi Penerbangan Diraja Brunei (RB) yang dimenangi oleh Dayang Sapiah binti Haji Salleh, Dayang Rasidahwaty binti Haji Assim, Hajah Rosila binti Haji Shamsuddin dan Awang Shahmer Irewan bin Haji Ramlee.

Mereka merupakan pelanggan yang layak memenangi hadiah kerana membuat panggilan 8 minit atau lebih ke mana-mana nombor antarabangsa.

Salah seorang pemenang menerima ganjaran daripada Progresif Cellular.
Salah seorang pemenang menerima ganjaran daripada Progresif Cellular.

Majlis penyampaian hadiah diadakan baru-baru ini di ibu pejabat Progresif di Beribi oleh pegawai pemasaran syarikat itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Progresif, Paul Hyde, “Semenjak pelancaran jenama Progresif dalam Mei, kami menerima banyak sokongan dan maklum balas positif dari pelanggan yang sudah bersama dengan kami semenjak bermulanya perjalanan ini kepada beribu-ribu pelanggan baru yang menyertai kami. Promosi seperti ini memberikan kami peluang untuk memberi ganjaran kepada pelanggan sekali gus menyokong perniagaan di Brunei dan membina hubungan perniagaan yang mantap.”

ARTIKEL YANG SAMA