Progresif beri kredit bonus 100%

Progresif beri kredit bonus 100%

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Okt – Sebagai meraikan kejayaan memperoleh 100,000 pelanggan, Progresif akan memberikan kredit bonus 100% kepada semua pelanggan prabayar yang menambah talian prabayar mereka dari 16 Oktober sehingga 25 Oktober.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Paul Hyde dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau berasa terharu dengan kejayaan itu yang dicapai dalam masa tidak sampai enam bulan sejak pelancaran jenama Progresif dan pembukaan kedai pertama mereka.

“Tidak kira sama ada ia adalah mengenai produk kami, harga, pelan, jenama mahupun perkhidmatan. Ke mana kami pergi, kami mendengar orang bercakap untuk menjadi Progresif. Kami tahu kami mempunyai perjalanan yang jauh lagi, namun kami boleh mencatat kemajuan besar bersama-sama,” katanya.

Tawaran Double TopUp adalah satu daripada beberapa promosi daripada Progresif bertujuan mengotakan janji mereka untuk mempermudah persekitaran telekomunikasi di Brunei dan menjadikan perkhidmatan lebih mudah diperoleh, lebih senang dan mampu dibeli.

p03-4_20151020

Progresif juga mengumumkan pelancaran perkhidmatan terbaru mereka yang digelar eTopUp iaitu kaedah TopUp elektronik langsung yang memberikan kefleksibelan kepada pelanggan mereka untuk menambah sebarang amaun daripada BND$1-$100, dan tidak memerlukan Kad Gores atau resit dan pin.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran Progresif, Devin Edwards pula berkata, TopUp elektronik langsung telah menjadi standard global, dan ia adalah yang pertama di Brunei, memandangkan ia menyediakan kaedah segera dan terjamin untuk pelanggan menambah talian prabayar mereka.

Menurut Edwards, eTopUp memberikan lebih banyak kemudahan dan kefleksibelan dengan membenarkan pelanggan Progresif menambah amaun fleksibel dan bukannya menambah dalam nilai tertentu.

eTopUp boleh diperoleh sekarang di semua kedai Progresif dan sedang dikeluarkan di semua lokasi di mana TopUp Progresif dijual di seluruh Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA