Progresif dapat penaikan taraf lesen penting

Progresif dapat penaikan taraf lesen penting

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mei – Progresif telah mencatatkan satu pencapaian besar dalam pelan pembangunan mereka dengan penaikan taraf dua lesen penting.

Lesen-lesen berkenaan membolehkan Progresif memulakan fasa seterusnya penambahbaikan rangkaian dan pembangunan sistem yang akan memperkenalkan kapasiti yang dinanti-nantikan ke dalam rangkaian dan membolehkan pelancaran set produk-produk dan perkhidmatan inovatif dalam beberapa bulan akan datang.

Semasa mengumumkan berita penting ini, Progresif menyatakan bahawa lesen-lesen berkenaan akan membolehkan mereka membangun daripada hanya sebuah syarikat kepada sebuah syarikat telekomunikasi yang bertumpu.

Menurut kenyataan itu lagi, lesen-lesen berkenaan membenarkan Progresif untuk mengerahkan dan mengendalikan infrastruktur seperti kabel-kabel Transmisi Mikrogelombang dan optik gentian, yang merupakan kunci bagi memperbaiki prestasi data rangkaian mudah alih, serta hak untuk menjual semula perkhidmatan syarikat telekomunikasi Brunei yang lain.

Gabungan lesen-lesen berkenaan akan membolehkan Progresif mengurangkan kos operasi dan menawarkan lebih banyak kepelbagaian produk-produk dan perkhidmatan baru, sama ada di Brunei dan luar negara.

Pengarah Perkhidmatan Perundangan dan Peraturan Progresif, Dayang Nurul binti Jaffar dalam satu kenyataan berkata, “Keputusan AITI dan Kementerian Perhubungan untuk mengemaskinikan lesen-lesen Progresif bertepatan dengan satu usaha strategik pengawal atur untuk melonggarkan lagi pasaran telekomunikasi menerusi perintah-perintah yang diumumkan baru-baru ini untuk menyeimbangkan pemain pasaran dalam sektor ini dan untuk menjana persaingan. Pelanggan dan pengguna perniagaan akan mendapat manfaat langsung daripada perubahan-perubahan ini, tambahnya.

Awal tahun ini, Progresif telah mengumumkan rancangan-rancangan komersial ke arah pelancaran 4G serta rancangan-rancangan untuk menerokai sektor perusahaan yang kurang diberi perhatian dengan membangunkan penyelesaian perusahaan termasuk teknologi negara pintar dan pusat data komersial untuk menyediakan perkhidmatan kritikal seperti pemulihan bencana dan penyelesaian berasaskan cloud, bersama rakan-rakan pembekal, Huawei.

Ketua Pegawai Eksekutif, Paul Hyde turut memuji sokongan AITI dalam mengeluarkan lesen-lesen berkenaan, yang menurutnya membawa era baru bagi telekomunikasi di Brunei.

“Persaingan sihat telah membentuk sebelum pasaran di Brunei, ia telah menjana pertumbuhan industri telekomunikasi, memperbaiki kualiti perkhidmatan dan dan membawa lebih nilai tambah kepada pelanggan, sementara merangsang industri ICT.”

Menurut beliau lagi, potensi daripada lesen-lesen akan memberikan kestabilan lebih besar kepada Progresif jadi perniagaannya boleh terus menjadi pemangkin kepada perubahan dan pembangunan dalam pasaran.

ARTIKEL YANG SAMA