Progresif rai lebih 800 tetamu

Progresif rai lebih 800 tetamu

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Penghujung Syawal terus meriah diraikan dengan majlis-majlis terbuka diadakan di sana-sini termasuklah oleh Progresif Cellular Sdn Bhd yang mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong yang dihadiri lebih 800 orang tetamu.

Antara yang hadir pada majlis yang dibuka dari pukul 12 tengah hari hingga 4 petang itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Progresif Cellular Sdn Bhd, Paul Hyde, para pegawai kanan kerajaan, perwakilan dari organisasi-organisasi dan syarikat swasta serta para jemputan lainnya.

Menurut Paul Hyde, inilah masa terbaik untuk mengetepikan perniagaan tetapi menumpukan kepada sambutan istimewa ini bersama para jemputan dan keluarga Progresif.

Beliau juga berkata, tahun ini lebih mesra di mana para jemputan berinteraksi dan mengambil peluang untuk bermaaf-maafan pada akhir bulan Syawal.

Antara yang hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Pentadbiran Awam) di Jabatan Perdana Menteri, Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos.
Antara yang hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Pentadbiran Awam) di Jabatan Perdana Menteri, Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos.
Jemputan dan warga Progresif sama-sama menikmati jamuan yang disediakan.
Jemputan dan warga Progresif sama-sama menikmati jamuan yang disediakan.

ARTIKEL YANG SAMA