Progresif rai pelanggan ke-100,000

Progresif rai pelanggan ke-100,000

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Dayangku Zarina binti Pengiran Sakdi terkejut dengan belon, kek dan iPhone 6 percuma di salah sebuah kedai perdana baru Progresif di Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah selepas mendaftar untuk 3 talian dan menjadi pelanggan ke-100,000 syarikat itu.

Ketua Pegawai Jualan Bob Gill berkata, “Sejak pelancaran jenama baru, Progresif telah menyaksikan tambahan 60,000 pelanggan baru sejak pengambilalihan daripada BMobile kepada Progresif. Pelanggan memberikan respons lebih baik terhadap pendekatan kami untuk menjadikan perkhidmatan mudah alih yang lebih mudah, murah dan senang difahami.”

Progresif minggu ini juga telah mengumumkan penyelesaian pelaksanaan platform baru prabayar mereka sebagai sebahagian daripada program peningkatan berterusan rangkaian dengan kerjasama Huawei.

Dayangku Zarina menerima hadiah daripada Bob Gill sebagai pelanggan ke-100,000 Progresif.
Dayangku Zarina menerima hadiah daripada Bob Gill sebagai pelanggan ke-100,000 Progresif.

Ketua Pegawai Eksekutif Paul Hyde menyatakan, “Dengan pengemaskinian platform prabayar baru kami malam tadi, kami telah menyiapkan fasa ketiga pembangunan rangkaian yang berterusan bagi membolehkan kami bergerak ke hadapan dengan fasa inovasi dan melancarkan rangkaian produk, perkhidmatan dan promosi untuk pelanggan yang semakin berkembang.”

Progresif telah menyatakan bahawa pelanggan mereka yang semakin meningkat membantu mereka melabur semula dalam rangkaian untuk meneruskan penambahbaikan dan memacu strategi untuk membawa perubahan positif kepada industri telekomunikasi di Brunei.

Hyde menambah, “Berdasarkan kemajuan kita setakat ini dengan peningkatan rangkaian, kejayaan kami mencipta lebih 100 peluang pekerjaan dan sokongan yang semakin meningkat daripada masyarakat melalui asas pelanggan yang kuat, saya boleh menyatakan Progresif adalah rangkaian yang paling pesat berkembang di Brunei.”

ARTIKEL YANG SAMA