Progresif tingkatkan pengurusan

Progresif tingkatkan pengurusan

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Dis – Progresif Cellular Sdn Bhd, baru-baru ini, telah melaksanakan program latihan dan pembangunan Situational Leadership II (SLII) yang dijalankan secara intensif bagi para pemimpin pasukan daripada peringkat eksekutif, ketua-ketua jabatan dan peringkat pengurus dari semua jabatannya.

Menurut kenyataan Progresif, SLII diiktiraf sebagai bahasa perniagaan dan satu rangka kerja bagi pembangunan pekerja yang menjangkau sempadan budaya, bahasa dan geografi.

Asasnya terletak dalam mengajar para pemimpin untuk mendiagnosis keperluan individu atau pasukan, kemudian menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai bagi memberi respons kepada keperluan seseorang itu, menurut kenyataan itu lagi.

Latihan dua hari itu, yang dikendalikan oleh Ken Blanchard Company, memberikan wawasan kepada pasukan pengurusan Progresif dalam membangunkan dan memperbaiki kemahiran kepimpinan dengan mempergunakan model-model diagnostik dan gaya perbualan dalam tugasan harian, untuk membantu menyesuaikan kemahiran, menetapkan matlamat dan pengurusan efisien.

Gambar ramai warga pengurusan Progresif yang mengikuti program latihan itu.
Gambar ramai warga pengurusan Progresif yang mengikuti program latihan itu.

Sesi latihan intensif itu berobjektif untuk melengkapkan para pemimpin dengan kemahiran yang diperlukan dalam menghadapi budaya tempat kerja yang sentiasa berubah dan mewujudkan persekitaran untuk pemindahan pengetahuan bagi membantu membangunkan pekerja baru secara efisien dan efektif.

Ketua Pegawai Eksekutif Progresif, Paul Hyde dipetik sebagai berkata, “Keuntungan Progresif telah mewujudkan lebih daripada 150 pekerjaan di semua peringkat perniagaan dan 97 peratus daripada kakitangannya adalah rakyat Brunei.

“Komitmen kami untuk membangunkan orang-orang kami menerusi latihan dan pemindahan kemahiran adalah sesuatu yang kami utamakan seperti yang dapat dilihat menerusi penyediaan lebih 10,000 jam latihan sepanjang tahun lalu,” ujarnya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA