Progresif tunai janji

Progresif tunai janji

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Julai – Dengan lebih 30,000 pelanggan diperolehi dalam tempoh tiga bulan lalu, Progresif menunaikan janjinya untuk mengubahkan telekomunikasi di Brunei buat selamanya, dengan menawarkan apa yang benar-benar diperlukan oleh para pengguna.

Asas pelanggan aktif mereka yang semakin berkembang telah mencecah hampir 90,000 dan terus berkembang.

“Setiap pelanggan baru adalah undi percaya kerana perubahan yang kami bawa, dan sokongan yang diperlihatkan ini membantu kami untuk melabur dalam perkembangan rangkaian kami seterusnya dan pembaharuan dalam portfolio produk perkhidmatan kami,” menurut Paul Hyde, Ketua Pegawai Ekeskutif Progresif.

Ketika sambutan Hari Raya ini, Progresif memberi balik sesuatu kepada para pelanggan mereka dengan memberikan tiket pergi balik ke mana-mana destinasi penerbangan Diraja Brunei.

Dayang Sapiah menjadi pemenang pertama Progresif yang memenangi tiket pergi balik ke mana-mana destinasi.
Dayang Sapiah menjadi pemenang pertama Progresif yang memenangi tiket pergi balik ke mana-mana destinasi.

Mana-mana pelanggan prabayar atau pasca bayar berpeluang untuk menang setiap kali mereka membuat panggilan 8 minit ke mana-mana nombor antarabangsa dengan menggunakan 00 atau 089. Para pelanggan baru berpeluang untuk menang dengan hanya mengaktifkan talian baru Progresif.

Sehubungan dengan itu, seorang pemenang akan dipilih setiap minggu untuk menerima dua tiket pergi balik.

Baru-baru ini, Dayang Sapiah binti Haji Salleh, yang sering membuat panggilan setiap hari bagi tujuan perniagaan dan hal-hal keluarga telah menjadi pemenang pertama promosi Hari Raya berkenaan.

Para pelanggan yang ingin mengetahui lebih banyak promosi dan tawaran tersebut, bolehlah melayari laman sesawang Progresif di www.progresif.com atau di Facebook atau Instagram.

ARTIKEL YANG SAMA