Projek amal ‘Jalinan Kasih’ IBTE Kampus Nakhoda Ragam

Projek amal ‘Jalinan Kasih’ IBTE Kampus Nakhoda Ragam

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – IBTE Kampus Nakhoda Ragam kelmarin mengadakan projek amal ‘Jalinan Kasih’ dengan mengunjungi serta menghulurkan sumbangan kepada lima buah keluarga di Kampung Lambak, Kampung Rimba, Kampung Pintu Malim dan Kampung Salambigar, di Daerah Brunei dan Muara.

Keluarga-keluarga tersebut telah dikunjungi oleh rombongan IBTE Kampus Nakhoda Ragam yang terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Melayu Islam Beraja dan ahli Jawatan kuasa Badan Sosial IBTE Kampus Nakhoda Ragam, diketuai oleh Haji Talip bin Haji Bakar.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengetua IBTE Central, Dr. Sheikh Lukman bin Sheikh Abdul Hamid dan Pengetua Sekolah Perkhidmatan Teknologi Bangunan, IBTE Kampus Nakhoda Ragam, Awang Aminurrashid bin Haji Ibrahim.

Antara keluarga yang dikunjungi oleh rombongan IBTE Kampus Nakhoda Ragam.
Antara keluarga yang dikunjungi oleh rombongan IBTE Kampus Nakhoda Ragam.

Projek amal tersebut bertujuan mengeratkan tali silaturahim antara warga IBTE dengan masyarakat dan dalam masa yang sama mewujudkan masyarakat penyayang dan pemedulian, memupuk semangat ‘inda camah mata’ dalam kalangan masyarakat serta bagi menyemarakkan bulan di Ramadhan Al-Mubarak.

Kutipan sumbangan telah dijalankan pada bulan Mei dan Jun bagi sumbangan berupa barang-barang dan makanan asasi seperti beras, minyak, gula, mi segera dan sebagainya, serta sumbangan berbentuk wang.

ARTIKEL YANG SAMA