Projek amal menjelang Ramadan, Aidilfitri

Projek amal menjelang Ramadan, Aidilfitri

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Mei – Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Unit Beruniform dan Perkhidmatan Kemasyarakatan bersama Badan BIJAK mengadakan Projek Amal Kemasyarakatan Fastabiqul Khairat di Lambak Kanan, bermula hari ini hingga 30 Mei pada waktu pejabat.

Fastabiqul Khairat yang bermaksud berlumba-lumba melakukan kebajikan merupakan acara kebajikan masyarakat bertujuan memberi bantuan dan sumbangan kepada anak-anak yatim, warga jabatan dan fakir miskin bagi penduduk kampung sekitar sempena menyambut awal Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri 1437H nanti.

Orang ramai yang ingin memberikan sumbangan boleh menghantar sumbangan mereka ke Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Jalan 10, Kampung Perpindahan Lambak Kanan, Berakas.

Di samping itu, kempen derma darah bagi menambah tabungan simpanan darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) turut dilancarkan bagi menjayakan projek amal ini.

Antara warga Kementerian Pendidikan yang menderma darah.
Antara warga Kementerian Pendidikan yang menderma darah.
Antara pasukan beruniform yang secara sukarela menyertai aktiviti Fastiabiqul Khairat.
Antara pasukan beruniform yang secara sukarela menyertai aktiviti Fastiabiqul Khairat.

Turut hadir menderma darah ialah Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Pengiran Suhaimi bin Pengiran Haji Bakar, dan Pemangku Penolong Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Awang Roslin bin Suhailee, para pegawai kanan serta warga kementerian dan jabatan.

Projek ini melibatkan ahli dan guru-guru pengawas daripada enam pasukan beruniform sekolah-sekolah di seluruh negara yang dijemput supaya sama-sama menjayakan projek ini atas dasar sukarela sambil beramal.

Projek ini juga bertujuan untuk merealisasikan hasrat jabatan ke arah pembentukan Unit Beruniform dan Perkhidmatan Kemasyarakatan sambil mengajak warga Kementerian Pendidikan serta masyarakat sama-sama beramal dengan menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim.

ARTIKEL YANG SAMA