Projek Amal PAWEK bantu warga emas

Projek Amal PAWEK bantu warga emas

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 3 Julai – Jawatankuasa Sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) melalui Projek Amal Memeduli Warga Emas dan Keluarga yang Memerlukan (PAWEK) dengan kerjasama Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) telah mengadakan kerja-kerja kemasyarakatan dengan mengadakan kempen membersihkan rumah salah seorang warga emas di Kampung Menengah, Tutong.

Sebelum kempen dijalankan, penyampaian sumbangan derma kepada Haji Isa bin Kelali, 81, telah disempurnakan oleh Pegawai Penyelaras Sukarelawan Yayasan, Dayang Sufinah binti Haji Sulaiman; diikuti dengan penyampaian derma persendirian daripada wakil YL Motor, Chong Yu Ming dan derma daripada wakil MKM.

Majlis turut menyaksikan penyampaian sofa daripada MKM dan tikar serta barang-barang keperluan daripada Sukarelawan Yayasan.

Haji Isa tinggal di rumah itu bersama isterinya, Dayang Samah binti Saidil, 78, dan kedua-duanya telah mene-rima pencen tua sebanyak $250 seorang. Baru-baru ini, Haji Isa telah menjalani pembedahan jantung dan mempunyai masalah kurang pendengaran.

Sumbangan derma disampaikan oleh Dayang Sufinah kepada Haji Isa, pagi kelmarin.
Sumbangan derma disampaikan oleh Dayang Sufinah kepada Haji Isa, pagi kelmarin.
Kempen kebersihan di rumah Haji Isa di Kampung Menengah, Tutong melibatkan beberapa ahli-ahli Su-karelawan Yayasan dan MKM.
Kempen kebersihan di rumah Haji Isa di Kampung Menengah, Tutong melibatkan beberapa ahli-ahli Su-karelawan Yayasan dan MKM.

Sebelum ini, pihak MKM pernah membuat lawatan ke rumah Haji Isa dan mendapati keadaan rumah beliau memerlukan pembaikan.

Kempen kebersihan tersebut melibatkan lebih kurang 50 orang yang terdiri daripada ahli-ahli Sukarelawan Yayasan dan ahli-ahli MKM sendiri.

Turut hadir bagi sama-sama menjalankan projek amal tersebut ialah Ketua Kampung Lamunin, Haji Rosli bin Ahmad bersama ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung Lamunin.

ARTIKEL YANG SAMA