Projek arang batu diberi pajakan perlombongan

Projek arang batu diberi pajakan perlombongan

SYDNEY, 3 April (AFP) – Projek batu arang yang berkontroversi dan disokong India, berhampiran Terumbu Sawar Besar Australia hari ini diberikan pajakan perlombongan, tetapi pemaju Adani berkata ia tidak akan komited kepada keputusan pelaburan akhir sehingga cabaran undang-undang ke atasnya diselesaikan.

Kerajaan negeri Queensland berkata projek bernilai Aus $21.7 bilion untuk membina salah sebuah lombong terbesar dunia telah diberikan tiga pajakan.

“Ini adalah langkah besar bagi projek ini selepas penelitian luas kerajaan dan komuniti,” menurut Perdana Menteri Queensland Annastascia Palaszccuk dalam satu kenyataan.

“Keadaan ketat akan terus melindungi persekitaran, pemilik tanah dan kepentingan pemilik biasa dan terumbu ikonik kami, Terumbu Sawar Besar.”

Kerajaan negeri menambah kata pajakan lombong di Carmichael di Lembangan Galilee dianggarkan mengandungi 11 bilion arang batu.

Adani menyambut baik pengumuman itu, dengan mengatakan pajakan memberikan kepastian kepada konglomerat dan firma itu mempunyai “matlamat jelas memulakan pekerjaan pada tahun 2017,” sementara menantikan kemuktamadan beberapa kelulusan dua tingkat.

Tetapi syarikat itu membidas cabaran undang-undang oleh penyokong-penyokong pemuliharaan, yang di samping perlunya kebenaran negeri dan persekutuan, telah menyaksikan proses kelulusan berlarutan sehingga enam tahun.

“Kesimpulan kelulusan tingkat kedua dan resolusi cabaran undang-undang bermotifkan politik ialah tumpuan utama syarikat, sebelum keputusan pelaburan dibuat,” kata jurucakap Adani dalam satu kenyataan.

“Sebelumnya berusaha mara ke fasa pembinaan pada tahun 2015, Adani begitu menyedari akan risiko meneruskan kerja-kerja utama sebelum kesimpulan perkara ini.”

Pemberian pajakan dibuat dua bulan selepas pihak berkuasa negeri memberikan projek itu kelulusan kepada projek persekitaran itu yang tertakluk kepada kira-kira 140 syarat.

Penyokong pemuliharaan mengatakan lombong besar itu akan mengancam Terumbu Sawar Besar, ekosistem batu karang terbesar di dunia yang juga tersenarai dalam senarai warisan.

ARTIKEL YANG SAMA