Projek berbasikal waktu malam BCC dapat sambutan

Projek berbasikal waktu malam BCC dapat sambutan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 7 April – Sekitar 30 orang ahli Kelab Basikal Belait (BCC) dengan kerjasama Coffee Bean & Te Leaf (CBTL) Panaga, malam tadi telah mengadakan Projek Berbasikal Di Malam Hari sebagai acara yang akan dijadikan aktiviti bulanan setiap Hari Rabu pertama setiap bulan.

Projek tersebut merupakan antara aktiviti untuk menanam kesedaran orang ramai terutama penunggang basikal pada waktu malam tentang pentingnya menjaga keselamatan selain mempromosikan sukan berbasikal dan cara hidup yang sihat.

Sekitar tiga puluh orang penunggang terdiri daripada ahli-ahli BCC dan juga orang awam menyertai acara tersebut yang telah diketuai oleh Awang Noorhisham Osman. Kayuhan malam tadi bermula dari CBTL Panaga menuju ke kawasan Kuala Belait dan balik semula ke kafe tersebut di Supa Save Panaga sejauh kira-kira 24 kilometer.

Para penunggang basikal yang menyertai Projek Berbasikal Di Malam Hari bergambar ramai sebelum memulakan kayuhan dari CBTL Panaga menuju ke Pekan Belait.
Para penunggang basikal yang menyertai Projek Berbasikal Di Malam Hari bergambar ramai sebelum memulakan kayuhan dari CBTL Panaga menuju ke Pekan Belait.

ARTIKEL YANG SAMA