Projek Eco-Linc Kinabalu berkesan tangani perubahan iklim

Projek Eco-Linc Kinabalu berkesan tangani perubahan iklim

KUNDASANG, 16 Mei (Bernama) – Projek Eco-Linc Kinabalu merupakan inisiatif berkesan bagi menangani perubahan iklim melalui pengurusan hutan berkekalan dan pembangunan komuniti, kata Timbalan Pengarah Taman-Taman Sabah (TTS) Dr Marklarin Lakim.

Beliau berkata Eco-Linc Kinabalu dilaksanakan TTS mulai 2014 bagi mewujudkan penghubung ekologi antara dua kawasan terlindung iaitu Taman Kinabalu dan Taman Banjaran Crocker menerusi kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan.