Projek Gaza t...

Projek Gaza temukan jodoh Farah Asyikin

KUALA LUMPUR – Bekas penyanyi, Farah Asyikin Zulkifli, 37, bakal melangsungkan perkahwinan dengan duda beranak tiga, Raja Iskandar Raja Muktharuddin, 51, Sabtu ini.

Farah yang pernah dua kali mendirikan rumah tangga, merancang mengadakan majlis pernikahan secara sederhana di sebuah pusat komuniti di ibu kota, dengan dihadiri saudara-mara dan teman rapat.

Akui Farah, dia mula mengenali pengurus besar di sebuah syarikat minyak dan gas itu sejak Disember tahun 2015.

Dipetik dari BH Online, Farah berkata dia dilamar Raja Iskandar pada Mac lalu, iaitu pada bulan sama bapanya yang sudah diperkenalkan dengan teman lelakinya itu, meninggal dunia.

“Saya berharap Bah masih punya masa untuk berkongsi kegembiraan ini. Tapi Tuhan lebih menyayangi Bah. Arwah bapa sangat selesa dengan bakal suami saya. Ketika bakal suami sempat menjaga arwah bapa di hospital, dua kali arwah mendoakan kebahagiaan kami biarpun ketika itu, saya belum dilamar. Arwah bapa sebenarnya bukan jenis yang mudah menyenangi orang, apatah lagi nak mengangkat tangan menadah doa seperti itu.

Farah Asyikin Zulkifli dan Raja Iskandar Raja Muktharuddin bakal melangsungkan perkahwinan 7 Januari ini.
Farah Asyikin Zulkifli dan Raja Iskandar Raja Muktharuddin bakal melangsungkan perkahwinan 7 Januari ini.

Bagi arwah bapa, menyukai orang itu lebih senang. Tetapi menyenangi menjadi satu perasaan yang lebih tinggi daripada suka. Mama dan adik beradik saya yang lain juga menyenangi bakal suami…Alhamdulillah,” katanya yang juga ibu kepada Ebrahim Owais.

Mengenai perkahwinan kali ini, Farah berharap ia kekal hingga ke jannah. “Bakal suami saya seorang insan yang baik dalam dan luar. Saya bersyukur dipertemukan dengannya. Dia banyak membantu saya untuk terus kekal istiqamah. Sebagai manusia biasa, istiqamah saya tak selalu sempurna. Gementar pastinya untuk kahwin kali ini. Tapi kali ini rasanya sangat berbeza. Malah dengannya saya rasa seperti kali pertama akan berkahwin. Sifat penyayang dan bertanggungjawab membuatkan saya dan anak rasa selamat dan disayangi,” katanya yang bertemu dengan Raja Iskandar ketika terbabit dalam projek kutipan dana untuk penduduk Gaza.