Projek Jalinan Kasih bantu 3 keluarga

Projek Jalinan Kasih bantu 3 keluarga

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Julai – Makan Ceria Sdn Bhd dengan kerjasama Radio Televisyen Brunei (RTB), baru-baru ini, telah mengadakan Projek Jalinan Kasih 2015 dalam usaha untuk memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan dalam bulan Ramadan ini.

Menerusi projek berkenaan, tiga buah keluarga telah diberikan bantuan iaitu keluarga Dayang Hajah Halus binti Badar di Kampung Parit, keluarga Dayang Haslinah binti Maidin di Kampung Lumapas dan dua orang adik-beradik mualaf, Dayang Siti Nurhalizah binti Abdullah dan Dayang Razalina binti Abdullah yang tinggal di Kampung Lumapas.

Keluarga-keluarga ini menerima sumbangan barangan makanan seperti beras, air, minyak masak serta barangan keperluan peribadi seperti berus gigi, syampu dan beberapa baju raya.

Projek Jalinan Kasih 2015 merupakan salah satu usaha berterusan Makan Ceria Sdn Bhd dalam sama-sama memupuk sifat murni dengan menghulurkan bantuan kewangan di samping melakukan aktiviti riadah dan sihat.

Gambar ramai kakitangan dan pegawai RTB dan Makan Ceria Sdn Bhd yang terlibat dalam projek Jalinan Kasih 2015.
Gambar ramai kakitangan dan pegawai RTB dan Makan Ceria Sdn Bhd yang terlibat dalam projek Jalinan Kasih 2015.

ARTIKEL YANG SAMA