Projek Jalinan Kasih RTB teruskan pemedulian

Projek Jalinan Kasih RTB teruskan pemedulian

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 14 Julai – Projek Jalinan Kasih Radio Televisyen Brunei (RTB) yang merupakan acara berkebajikan di bulan Ramadan diteruskan dengan mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim dan anak-anak berkeperluan khas Pusat Bahagia Eric Goh yang berlangsung di Restoran Eleven Degree Cafe Plaza V Jalan Sungai, di sini. Seramai 50 orang anak-anak yatim dari Mukim Seria dan 50 orang lagi anak-anak berkeperluan khas Pusat Bahagia Eric Goh terlibat dalam majlis tersebut yang dimulakan dengan bacaan Tahlil.

Majlis tersebut juga turut dimuatkan dengan penyampaian Tazkirah bertajuk “Berbagai Rasa” yang telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Dakwah Kuala Belait, Haji Roslan bin Haji Ratu.

Hadir, selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pengarah Radio Televisyen Brunei (RTB) Haji Mohd Suffian bin Haji Bongsu, yang juga telah menyempurnakan penyampaian derma kepada anak-anak yatim dan anak-anak berkeperluan khas Pusat Bahagia Eric Goh. Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Yusof bin Haji Dulamin selaku tetamu khas majlis tersebut, selain hadir sama beberapa orang dermawan lain antaranya Unascos International, Yick Fatt, Haji Adinin and Son, Head To Toe Beauty House dan lainnya, yang turut sama menghulurkan sumbangan derma pada majlis tersebut.

Projek Jalinan Kasih, RTB yang dikendalikan oleh Perkhidmatan Radio antara lain bertujuan memasyarakatkan radio dalam usaha berterusan kerajaan dalam mewujudkan budaya kehidupan bermasyarakat yang penyayang dan prihatin akan peringkat dan latar belakang kehidupan.

Beberapa buah syarikat swasta turut menghulurkan sumbangan untuk Projek Jalinan Kasih RTB.
Beberapa buah syarikat swasta turut menghulurkan sumbangan untuk Projek Jalinan Kasih RTB.
Penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim dan anak-anak berkeperluan khas turut dihulurkan oleh beberapa dermawan di Majlis Berbuka Puasa melalui Projek Jalinan Kasih RTB.
Penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim dan anak-anak berkeperluan khas turut dihulurkan oleh beberapa dermawan di Majlis Berbuka Puasa melalui Projek Jalinan Kasih RTB.

ARTIKEL YANG SAMA