Projek Khidmat Masyarakat UNISSA, MRSB dilancar

Projek Khidmat Masyarakat UNISSA, MRSB dilancar

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Ogos – Sekumpulan mahasiswa Tahun 1 Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menjalankan projek khidmat masyarakat bersama Takmir Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB), Kampung Sungai Akar sebagai sebahagian daripada modul wajib melaksanakan khidmat masyarakat selama 100 jam.

Pelancaran Projek Khidmat Masyarakat UNISSA bersama MRSB itu telah diadakan hari ini di Bilik Mesyuarat MRSB, dan hadir menyempurnakan pelancarannya ialah Setiausaha Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir MRSB, Kolonel (B) Pengiran Dato Paduka Haji Azmansham bin Pengiran Haji Mohamad.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Pengerusi AJK Takmir MRSB merangkap Ketua Imam MRSB/Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Symsul Nizam bin Haji Badar.

Mahasiswa Tahun 1 UNISSA yang mengikuti Projek Khidmat Masyarakat UNISSA bersama MRSB ketika bergambar ramai dengan Kolonel (B) Pengiran Dato Paduka Haji Azmansham (tengah).
Mahasiswa Tahun 1 UNISSA yang mengikuti Projek Khidmat Masyarakat UNISSA bersama MRSB ketika bergambar ramai dengan Kolonel (B) Pengiran Dato Paduka Haji Azmansham (tengah).

Kemudian majlis diikuti dengan ucapan alu-aluan Haji Symsul Nizam dan ucapan perasmian oleh Kolonel (B) Pengiran Dato Paduka Haji Azmansham.

Selesai majlis perasmian tersebut, sesi suai kenal antara pelajar UNISSA dengan AJK Takmir MRSB telah dijalankan, disusuli dengan lawatan sekitar masjid dan sesi taklimat tugasan daripada Pegawai Pengawas MRSB, Haji Sabtu bin Haji Abdul Rahman.

ARTIKEL YANG SAMA