Projek lapangan terbang Myanmar ditangguh

Projek lapangan terbang Myanmar ditangguh

YANGON, 28 Ogos – Projek lapangan terbang antarabangsa yang lama tertangguh di Myanmar telah ditangguhkan sekali lagi, selama empat tahun kali ini, disebabkan penangguhan dalam mendapatkan wang, kata media negeri dan sumber rasmi hari ini.

Sebuah syarikat Korea Selatan pertama merancang untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa Hanthawaddy di lapangan terbang Perang Dunia Kedua Jepun berhampiran bandar Bago, kira-kira 100 kilometer dari utara bandar komersial Yangon.

Bagaimanapun, projek itu ditinggalkan pada tahun 1994, sejurus selepas majlis pecah tanah.

Akhbar Global New Light of Myanmar berkata lapangan terbang antarabangsa keempat negara kini dijangka dibuka dalam masa tujuh tahun.

“Tarikh pelancaran lapangan terbang antarabangsa keempat di negara telah ditangguhkan dari 2018 kepada 2022 disebabkan penangguhan dalam mendapatkan ODA (bantuan pembangunan rasmi),” kata akhbar, memetik Penolong Pengarah Min Lwin OO daripada Jabatan Penerbangan Awam.

Seorang pegawai kanan Kementerian Pengangkutan mengesahkan projek tersebut telah ditangguhkan disebabkan kesukaran mendapatkan wang.

“Secara terus-terang, kerja-kerja pembinaan utama masih belum bermula di tapak kerana rundingan masih berterusan mengenai ODA,” kata pegawai yang enggan memberikan namanya kerana beliau bukan jurucakap yang dibenarkan. Beliau enggan memberikan butir-butir lanjut.

Projek itu dipulihkan pada tahun 2012 apabila ketibaan pelancong dirangsang oleh pembaharuan politik dan ekonomi selepas kerajaan yang dipimpin oleh orang awam menerajui tampuk pentadbiran selepas diperintah oleh tentera hampir 50 tahun lamanya.

Projek tersebut menerima kritikan disebabkan kekurangan rancangan untuk memindah penumpang ke Yangon.

Pada 2014, konsortium Jepun-Singapura bergelar Yongnam-CAPE-JGCC memenangi bidaan untuk membina lapangan terbang pada kos $1.5 bilion dengan 49 peratus daripada jumlah itu diperoleh menerusi pinjaman ODA dan yang selebihnya daripada pinjaman persendirian dan konsortium. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA