Projek Melbourne dijangka habis dijual 2 tahun – Gamuda

Projek Melbourne dijangka habis dijual 2 tahun – Gamuda

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Gamuda Land menjangkakan projek kediaman mewahnya, 661 Chapel Street di Melbourne, Australia dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak AS $154 juta, akan habis dijual dalam masa setahun atau dua tahun yang akan datang.

Ketua Pegawai Operasinya, Ngan Chee Meng berkata setakat ini, 30 peratus projek pembangunan yang mempunyai 30 tingkat yang dijadual siap sepenuhnya pada 2018, sudah dijual kepada pelabur.

“Lokasi projek itu dilihat amat ideal kerana berdepan hentian pengangkutan trem, cuma ia mengambil masa lapan minit berjalan kaki ke stesen kereta api South Yarra, kurang daripada seminit untuk menuju ke Pasaraya Woolworth Supermarket dan mengambil masa selama lima minit untuk ke Place Cinema,” katanya. – Bernama