Projek minyak & gas AS$380b terjejas

Projek minyak & gas AS$380b terjejas

SINGAPURA, 14 Jan (Reuters) – Projek minyak dan gas bernilai AS$380 bilion telah ditangguh atau dibatalkan sejak 2014 berikutan langkah syarikat mengurangkan kos untuk kekal beroperasi dalam berhadapan kejatuhan harga minyak global.

Ia termasuk projek bernilai AS$170 bilion yang dirancangkan antara 2016 dan 2020, kata perunding tenaga, Wood Mackenzie.

Harga minyak mentah menjunam 70 peratus sejak pertengahan 2014 di atas paras AS$30 setong berikutan peningkatan pengeluaran global yang menyebabkan lambakan beratus ribuan tong sehari tanpa pembeli, sementara permintaan terutama di Asia dilihat perlahan.

Firma minyak dan gas terpaksa menyesuaikan diri untuk kekal beroperasi kerana harga minyak jatuh ke paras terendah sejak 2004, kata Wood Mackenzie (WoodMac) dalam satu laporan.

“Kesan harga minyak mentah yang rendah terhadap rancangan syarikat sangat teruk.

Apa yang bermula pada lewat 2014 sebagai model pengurangan perbelanjaan kepada projek penerokaan dan pra-pembangunan, telah menjadi langkah penting bagi mengurangkan perbelanjaan operasi dan modal tidak penting,” kata Penganalisis Huluan Prinsipal WoodMac, Angus Rodger.

Laporan itu keluar pada minggu yang sama dengan kenyataan Barclays Bank yang mengatakan syarikat minyak dan gas bercadang untuk mengurangkan perbelanjaan penerokaan dan pengeluaran sebanyak 20 peratus pada 2016.

WoodMac berkata, sebanyak 68 projek utama dengan gabungan rizab sekitar 27 bilion tong tertangguh sejak 2014, dengan pengurangan jatuh AS$170 bilion antara 2016 dan 2020.

Dari segi pengeluaran, sejumlah 2.9 juta tong sehari pengeluaran minyak akan tertangguh sehingga dekad selanjutnya, lebih tinggi berbanding pengeluaran Venezuela, katanya.

“Dengan tekanan korporat yang besar untuk mencair modal dan mengurangkan perbelanjaan masa depan bagi menjejaskan pertumbuhan pengeluaran, terdapat ruang luas untuk pengeluaran ini dikurangkan jika harga tidak pulih dan/atau kos tidak cukup mencatatkan pengurangan,” kata laporan itu. Purata kos yang seimbang untuk menangguhkan projek baharu ialah AS$62 setong, kata WoodMac, sambil menambah projek laut dalam paling teruk terjejas.

Ia mewakili lebih separuh daripada jumlah itu kerana syarikat terpaksa melaksanakan semula projek dengan pulangan tinggi, keperluan modal yang besar dan kos tinggi.

ARTIKEL YANG SAMA