Projek PAMER oleh Petronas siap suku kedua 2016

Projek PAMER oleh Petronas siap suku kedua 2016

KOTA TINGGI, 14 Mac (Bernama) – Projek Air Mentah (PAMER) untuk RAPID yang dilaksanakan oleh Petronas bagi membekalkan air mentah ke Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) dan Empangan Sungai Lebam untuk kegunaan awam, berjalan lancar dan dijangka siap mengikut jadual pada suku kedua tahun ini. Setakat Mac, PAMER sudah siap 87.46 peratus.

“Ia akan membekalkan antara 40 dan 60 juta liter bekalan air mentah (MLD) dari Sungai Seluyut ke Empangan Sungai Lebam. Empangan ini akan menyediakan bekalan air kepada masyarakat,” kata Petronas dalam satu kenyataan.

Sebaik projek ini siap sepenuhnya, ia juga akan membekalkan 230 MLD air mentah ke RAPID (projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia).

ARTIKEL YANG SAMA