Projek Sukarelawan PDK dilancarkan

Projek Sukarelawan PDK dilancarkan

Oleh Sim Y. H.

Gambar oleh Zainor Othman

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Dis – Negara Brunei Darussalam meraikan sambutan Hari Orang Berkeperluan Khas (OBK) pada tahun ini dengan mengadakan Bengkel Kursus Bahasa Isyarat dan Mobiliti serta pelancaran Projek Sukarelawan Pemulihan dalam Komuniti (PDK) yang berlangsung di Dewan Imtiyaz, Pusat Bahagia, Kampung Pulaie, hari ini.

Hadir untuk menyempurnakan pelancaran sambutan berkenaan ialah Peno-long Pengarah Pembangunan Masyara-kat, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Dayangku Siti Saihalina binti Pengiran Haji Mohd Daud.

Seramai 108 orang peserta yang terdiri daripada para ibu bapa pelatih-pelatih Pusat Bahagia dan sukarelawan OBK JAPEM menyertai bengkel yang di-kendalikan oleh wakil dari Kementerian Pendidikan dan Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC).

Bengkel itu dihasratkan untuk memberikan kefahaman dan maklumat yang bersesuaian untuk digunakan oleh sukarelawan PDK apabila mereka membuat pendekatan dan lawatan ke rumah klien PDK.

Bengkel itu diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa Ibu Bapa, Guru dan Murid Pusat Bahagia yang mana jawatankuasa berkenaan telah berjaya me-ngumpulkan kutipan bagi menjalankan kegiatan-kegiatan seumpama ini.

Fasilitator daripada JPMC ketika mengendalikan Bengkel Asas Mobiliti.
Fasilitator daripada JPMC ketika mengendalikan Bengkel Asas Mobiliti.

Sambutan Hari Orang Berkeperluan Khas merupakan pengiktirafan dan penghargaan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada golongan OBK yang tidak ketinggalan dalam membantu kerajaan terhadap pembangunan negara.

Tema sambutan bagi 2015 iaitu ‘Inclusion Matters: Access and Empo-werment of People of All Disabilities’, adalah amat bertepatan pada masanya untuk meningkatkan lagi kesedaran masyarakat berhubung dengan golongan OBK.

Tema itu berlatar belakangkan penyer-taan OBK dalam masyarakat yang menyarankan untuk melihat kebolehan OBK dan bukan memandang kepada kelemahan atau kecacatan mereka.

Dengan memberikan peluang dan memperkasa golongan berkenaan, kebolehan mereka dapat dipertingkatkan dengan sokongan daripada semua pihak.

Acara juga diserikan dengan tayangan klip video yang menayangkan kegiatan-kegiatan sukarelawan PDK yang berdaftar dengan JAPEM.

Dalam hubungan itu, JAPEM mengalu-alukan orang ramai, khususnya para belia untuk menjadi sukarelawan PDK bagi sama-sama membantu dan memeduli OBK di negara ini. Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Pusat Bahagia Pulaie di talian 2330315.

ARTIKEL YANG SAMA