Projek tembaga bermula 2018

Projek tembaga bermula 2018

KINSHASA, 21 Okt – Meskipun kemerosotan harga komoditi, Lombong Ivanhoe di Kanada berkata penghasilan tembaga di kilang baru di Republik Demokratik Congo harus bermula pada tahun 2018, tatkala ia menjangkakan defisit masa depan dalam pasaran dan pertambahan permintaan global.

Penemuan di Kamoa di tengara negara telahpun dianggap sebagai salah satu penemuan terbesar dalam perlombongan tembaga dalam beberapa tahun ini, walaupun DR Congo telahpun menjadi pengeluar tembaga teratas di Afrika dan salah satu pemimpin dunia.

“Kami fikir kami boleh memulakan pengeluaran pada akhir 2018,” beritahu Louis Watum, ketua Ivanhoe DRC, dalam satu persidangan perlombongan di Kinshasa baru-baru ini. Namun pasaran komoditi, syarikat perlombongan telahpun dibelenggu kemerosotan dalam harga, terjejas oleh kemelesetan ekonomi di negara pengguna China.

Syarikat perlombongan Swiss Glencore, dengan bebanan hutang berjumlah AS$30 bilion, baru-baru ini menggantung pengeluaran selama 18 bulan di salah satu lombong tembaga terbesar DR Congo. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA