Projek tingkat ramalan kaji cuaca di Laut China Selatan

Projek tingkat ramalan kaji cuaca di Laut China Selatan

BANGKOK, 22 Jun (dpa) – Projek pembangunan kontroversi Beijing di Laut China Selatan adalah bertujuan untuk meningkatkan ramalan kaji cuaca, kata ahli saintis terkemuka China, menurut laporan berita hari ini.

Penjelasan daripada dua ahli saintis dalam akhbar People’s Daily milik kerajaan itu muncul menjelang ketika pertemuan penting antara China-Amerika Syarikat yang mana pertikaian wilayah kelihatannya menjadi isu utama, lapor akhbar South China Morning Post.

Kerja-kerja telah dilakukan untuk menaiktarafkan ‘pemantauan meteorologi marin, amaran, ramalan kaji cuaca dan penyelidikan saintifik,” kata Akademi Kejuruteraan China, Ding Yihui.

Rantau itu ‘sering mengalami bencana lautan dan cuaca ekstrem dan kejadian alam,” Ding dipetik sebagai berkata.

China mempunyai tanggungjawab untuk membantu rantau itu menangani bencana seperti taufan dan melindungi kapal nelayan dan bot lain, kata Zheng Guoguang, ketua Pentadbiran Meteorologi China, dalam temu bual berasingan dalam People’s Daily.