Projektor kecil Acer

Projektor kecil Acer

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jun – Syarikat Concepts Computer hari ini memperkenalkan mesin projektor kecil jenama Acer terbaru yang berukuran 24.5mm, sesuai untuk digunakan dan dibawa ke mana sahaja.

Projektor kecil ini boleh didapati melalui dua model iaitu C205 dan C120. Dengan rangka bentuk yang kecil membolehkan orang ramai seperti golongan guru dan ahli perniagaan menggunakannya bagi meningkatkan lagi mutu pengajaran dan penyampaian jualan.

Model C205 dan C120 ini dicipta mesra alam dengan jangka hayat lampu LED sehingga 20,000 jam dilengkapkan dengan resolusi FWVGA untuk memberikan paparan visual yang terang.

Menurut Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao, “Concepts Computer sentiasa maju ke hadapan menyalurkan produk IT ke Negara Brunei Darussalam, dan dengan bantuan Acer, kami ingin menyalurkan produk teknologi terkini projektor kepada pengguna IT di Brunei dengan harta berpatutan dan berkualiti tinggi.”

Tambahnya lagi, dengan adanya produk ini, pembentangan atau penayangan menjadi lebih mudah.

Projektor model C205 dan C120 jenama Acer yang bersaiz kecil sesuai untuk digunakan dan dibawa ke mana sahaja.
Projektor model C205 dan C120 jenama Acer yang bersaiz kecil sesuai untuk digunakan dan dibawa ke mana sahaja.

ARTIKEL YANG SAMA