Promosi 2 dalam 1 di Concepts

Promosi 2 dalam 1 di Concepts

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Dis – Bagi tahun baru 2016 yang akan tiba tidak lama lagi, Concepts Computer turut tidak ketinggalan menawarkan harga istimewa bagi gajet-gajet teknologi maklumat.

Bagi mereka yang mencari gajet-gajet teknologi, syarikat perkomputeran itu menawarkan beberapa produk terkenal dengan pembelian 2 dalam 1, antaranya jenama Acer, Epson dan Logitech.

Promosi bermula 27-30 Disember itu menampilkan Projektor Acer dengan skrin, set speaker Logitech dan harddisk Western Digital.

Tawaran potongan harga yang lebih menarik juga akan diberikan kepada mereka yang mempunyai keahlian pelanggan dengan syarikat tersebut.

Warga Concepts Computer bersama gajet-gajet teknologi maklumat 2 dalam 1 yang ditawarkan.
Warga Concepts Computer bersama gajet-gajet teknologi maklumat 2 dalam 1 yang ditawarkan.