Promosi $2 Sushi Tei kini 5 hari seminggu

Promosi $2 Sushi Tei kini 5 hari seminggu

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mac – Berdasarkan permintaan popular orang ramai, promosi $2 Sushi Tei setiap hari Isnin dan Rabu kini boleh dinikmati lima hari dalam seminggu iaitu dari hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 10 pagi hingga 10 malam yang boleh dinikmati di kesemua cawangannya.

Lebih daripada 91 jenis hidangan boleh dinikmati dalam promosi berkenaan termasuk Salmon Sashimi, Hana Ikura, Salmon Mentai, Cheesy Salmon Avocado, Torikatsu Melted Cheese, Tamago Mentai, Crunchy California Maki, Tamago, Crunchy Salmon Maki, Salmon Avocado Cream Cheese, Chuka Idako,

Creamy Salmon Inari, Salmon, Softshell Crab Maki, Salmon Sushi, Salmon Maki dan Cheese Maki.

Sushi Tei juga menyediakan perkhidmatan penghantaran bagi promosi berkenaan untuk memudahkan orang ramai yang tidak mempunyai masa untuk pergi ke cawangan-cawangan Sushi Tei.

Antara jenis hidangan yang ditawarkan pada promosi berkenaan.
Antara jenis hidangan yang ditawarkan pada promosi berkenaan.