Promosi Bufet Sungkai Hotel Badi’ah

Promosi Bufet Sungkai Hotel Badi’ah

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jun – Hotel Badi’ah, Jalan Batu Satu, turut tidak ketinggalan menawarkan promosi Bufet Sungkai sempena bulan Ramadan ini dengan menyajikan bermacam-macam jenis juadah berbuka.

Dalam promosi bufet sungkai ini, Hotel Badi’ah mengetengahkan konsep masakan tempatan dengan menampilkan hidangan istimewanya iaitu Ambuyat, Butter Prawn, Daging Rendang, Nasi Kebuli dan banyak lagi.

Pelanggan juga dapat menikmati hidangan yang disajikan dalam suasana yang tenang dan selesa.

pg10_160615_a

Pengarah Pemasaran dan Jualan Hotel Badi’ah, Darren Tan ketika ditemu bual berkata, promosi bufet bersungkai ini merupakan antara aktiviti tahunan Hotel Badi’ah. Manakala itu, pelanggan yang membeli kupon bufet sungkai untuk 10 orang akan layak mendapat satu kupon secara percuma.

“Bukan setakat promosi bufet sungkai sahaja, orang ramai yang ingin bermalam di hotel berkenaan juga akan mendapat harga termurah,” ujar beliau.

ARTIKEL YANG SAMA