Promosi Concepts untuk pelajar, warga tua

Promosi Concepts untuk pelajar, warga tua

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei – Concepts Computer Sdn Bhd (Concepts), semalam, memperkenalkan promosi terbaru bagi bulan Mei 2015 khusus untuk para pelajar dan warga tua berumur 50 tahun ke atas.

Menurut Eksekutif Pemasaran Concepts Computer, Awang Zul Abdul Rahman, Concepts sentiasa memberi harga yang terbaik kepada pelanggan tetap atau pelanggan barunya.

Sehubungan itu, sepanjang bulan ini, Concepts Computer memberikan harga termurah di pasaran bagi produk Acer Iconia Tablet Series dan Acer Iconia Tab One 8 Android.

Acer Iconia Tab One 8 Android hadir dengan cip pemprosesan Intel Atom, dan ditawarkan dalam pilihan warna berbeza. Ciri-ciri lain peranti Android 4.2 Jelly Bean ini termasuk jangka hayat bateri sehingga tujuh jam, dan kamera belakang 5 megapiksel.

Sepanjang bulan ini, Concepts Computer memberikan harga termurah di pasaran bagi produk Acer Iconia Tablet Series dan Acer Iconia Tab One 8 Android.
Sepanjang bulan ini, Concepts Computer memberikan harga termurah di pasaran bagi produk Acer Iconia Tablet Series dan Acer Iconia Tab One 8 Android.

Manakala itu, Acer Iconia Tab 8 W dikuasakan dengan cip pemprosesan Intel Atom Z3735G empat teras berkelajuan 1.33GHz, dengan L2 cache 2MB, dan RAM 1GB.

Ia juga menampilkan skrin 8 inci, sokongan mikroHDMI, mikroSD, dan turut dilengkapi dengan storan 32GB.

Dengan promosi hebat ini, warga emas dan para pelajar boleh mendapatkan produk ini pada harga rendah dengan hanya membawa kad pengenalan diri.