Promosi cuti sekolah di OGH

Promosi cuti sekolah di OGH

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mac – Sempena bermulanya cuti penggal pertama persekolahan, Orchid Garden Hotel (OGH) menawarkan promosi menarik untuk memberikan peluang kepada keluarga meluangkan masa di negara sendiri.

Promosi pakej penginapan semalam bagi bilik Standard Single atau Twin yang termasuk sarapan bufet untuk dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak berusia 10 tahun ke bawah (kanak-kanak di atas 10 tahun dikenakan bayaran $10 setiap seorang) ini ditawarkan kepada keluarga warganegara Brunei dan penduduk tetap negara ini.

Pakej tersebut juga diikuti dengan minum petang untuk dua orang dan pelanggan bolehlah memilih untuk menikmati minum petang di tepi kolam renang atau di Goldiana Cafe dengan permintaan awal disertai dengan WiFi percuma di bilik-bilik dan kawasan awam hotel.

Promosi ini bermula 18 Mac hingga 3 April 2016.

ARTIKEL YANG SAMA