Promosi filem Batman Vs Superman di Marrybrown

Promosi filem Batman Vs Superman di Marrybrown

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mac – Restoran makanan segera Marrybrown (MB) telah bekerjasama dengan Warner Bros untuk menampilkan promosi ‘Justice Plate’ dan ‘Superhero Plate’ di cawangan tunggalnya di Gadong.

Kedua-dua pinggan berkenaan merupakan sebahagian daripada promosi Marrybrown ketika filem terbaru keluaran Warner Bros yang dinantikan ramai mula ditayangkan hari ini iaitu ‘Batman Vs Superman: Dawn Of Justice’.

Pengurus Operasi MB, Sherman Tan berkata, filem ini merupakan antara yang dinantikan oleh ramai peminat filem keluaran DC dan “kami di MB sangat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada promosi filem terbaru keluaran Warner Bros ini”.

Menurutnya lagi, promosi ini juga peluang terbaik untuk berkongsi pengalaman dan tanda ingatan filem yang banyak diperkatakan itu bersama peminat filem.\r

Set Kombo Marrybrown bersama ‘Justice Plate’ dan ‘Superhero Plate’
Set Kombo Marrybrown bersama ‘Justice Plate’ dan ‘Superhero Plate’

ARTIKEL YANG SAMA