Promosi Fish & Co. Sempena Hari Guru

Promosi Fish & Co. Sempena Hari Guru

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Sept – Sempena dengan Sambutan Hari Guru yang bakal tiba tidak lama lagi, Restoran Fish & Co Sdn Bhd menunjukkan penghargaan mereka kepada semua guru di negara ini dengan menawarkan promosi minuman Mojito secara percuma.

Sepanjang tempoh promosi bermula pada 23 hingga 29 September, guru-guru yang berkunjung dan menikmati hidangan di Restoran Fish & Co Sdn Bhd, Citis Square dan menunjukkan kad pengenalan guru mereka akan diberikan minuman Mojito percuma.

Satu minuman Mojito boleh didapatkan bagi setiap satu hidangan utama dalam menu ala carte dan setiap guru hanya boleh mendapatkan satu minuman bagi satu hari.

Promosi ini bertujuan menyatukan para guru dan mengeratkan hubungan mereka bersama orang yang tersayang dengan menjamu selera di Restoran Fish & Co dan sebagai penghargaan atas usaha mereka kepada para pelajar.

Minuman Mojito yang diberikan percuma kepada guru-guru yang menikmati hidangan di Fish & Co.
Minuman Mojito yang diberikan percuma kepada guru-guru yang menikmati hidangan di Fish & Co.

ARTIKEL YANG SAMA