Promosi ‘Great Festive Meal’ di Secret Recipe

Promosi ‘Great Festive Meal’ di Secret Recipe

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Dis – Bersempena cuti penggal akhir persekolahan tahun ini, Restoran Secret Recipe menawarkan promosi terbaru dinamakan ‘Great Festive Meal’ bermula hari ini hingga 7 Januari tahun depan.

Promosi ini merangkumi hidangan ‘soup of the day’, manakala itu, bagi hidangan utama pelanggan boleh memilih antara ‘Pan-Grilled Dory with Lobster Sauce’, ‘Stewed Aussie Beef Steek’ atau ‘Chicken Cordon Bleu’ dan kek Walnut Coklat Cip sebagai pencuci mulut yang ditawarkan pada harga menarik.

Di samping itu, Restoran Secret Recipe turut menawarkan ‘Great Festive Cake’ yang telah bermula pada 15 Disember lalu sehingga Januari tahun depan, dengan pelanggan yang membuat pembelian satu kek krim akan menerima baucar makan bernilai $10.

Para pelanggan yang berminat bolehlah berkunjung ke mana-mana cawangan Secret Recipe di negara ini semasa waktu beroperasi.

Hidangan promosi ‘Great Festive Meal’.
Hidangan promosi ‘Great Festive Meal’.

ARTIKEL YANG SAMA