Promosi Hari Guru di Hotel Garden Sentral

Promosi Hari Guru di Hotel Garden Sentral

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Sept – Hotel Garden Sentral bakal kembali dengan Promosi Minggu Hari Guru bagi Bilik Superior yang akan bermula 22 September hingga 3 Oktober depan.

Di bawah promosi ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan, bilik berkenaan ditawarkan pada harga menarik dengan termasuk bufet sarapan pagi untuk dua orang.

Hotel berkenaan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk pasar raya, bermacam-macam restoran dan kedai makan, tempat permainan kanak-kanak, panggung wayang, arked, kolam renang, gimnasium, tempat letak kereta, ruang balkoni terbuka, taman dan sebagainya di bawah satu bumbung.

Selain itu, hotel berkenaan turut mempunyai Serviced Apartment yang menawarkan tempat tinggal jangka masa pendek dan panjang, bagi perniagaan atau percutian.

Pangsapuri berkenaan didatangkan tersedia dengan dapur, tempat mendobi, bilik makan dan ruang tamu. Ruang tamu dan bilik tidurnya juga dilengkapi dengan TV LED HD penuh bersaiz 42 inci dan 50 inci dengan saluran kabel/ASTRO dan pemain DVD, kemudahan panggilan tempatan dan IDD serta Internet berkelajuan tinggi secara percuma.